ASSALAMU ALAIKUM WBT & SELAMAT DATANG .....

Ahad, 6 September 2015

Rahsia Tembikai Buah Penuh Khasiat

Tembikai (nama botani: Citrullus Lanatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Semangka merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae.



Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan Tsamma.

Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).



Buah Tembikai atau Semangka pada Istilah arab disebut sebagai “Al-biththikh” adalah Buah Kesukaan Rasulullah s.a.w selepas Buah Labu, Buah Tembikai juga merupakan salah satu buah dari saudara serumpun dengan Buah Labu.

Rasulullah sangat meraikan Buah tembikai, Buah ini menjadi Sunnah Baginda Junjungan Rasulullah s.a.w selepas Kurma.

Rasulullah sangat menyukai dan memberkati Buah Tembikai dan menganjurkan Para Sahabat agar memakan Buah Tembikai bersama Kurma. inilah antara Sunnah Rasulullah s.a.w yang ditinggalkan baginda kepada umatnya sehingga hari kebangkitan (Kiamat).

Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap wanita hamil yang makan buah tembikai maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya."

Dari Ibnu Abbas R.A, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semangka (Tembikai) adalah makanan, minuman dan raihan (tanaman harum), mencucikan pundi kencing, membersihkan perut, memperbanyak air punggung, membantu bercampur, mencerahkan kulit dan mengatasi kelemahan.” (Kitab Ath-Thibbun Nabawi)

Antara jenis-jenis Tembikai:

Tembikai Merah

Tembikai merah memiliki warna merah dan warna Kuning (Tembikai Kacukan).
Berasal daripada Selatan Afrika.
Kaya dengan vitamin A.
Membantu membersihkan sistem perkumuhan badan.
Menyembuhkan Gout,Penyakit Paru-paru,sakit kepala dan memulihkan masalah kulit.



Tembikai Susu 

Berasal daripada Afrika tengah.
Kaya dengan Vitamin C.
Memiliki Nutrisi tambahan seperti vitamin A,B6 dan C,Folat, dan Potasium.
Membantu mengawal tekanan Darah dan merupakan sumber asid folik yang bagus untuk Ibu yang mengandung.
Khasiat Tembikai yang kita perlu tahu..



Manfaat Buah Tembikai

Khasiat buah tembikai ini dapat ditemui pada hampir seluruh bahagian, bermula dari kulit hingga biji tembikai pun mempunyai manfaat tersendiri untuk kesihatan dan kecantikan. Bermula dari kulit tembikai misalnya, boleh digunakan untuk perawatan kulit(masker kulit tembikai) dan menu masakan , isinya memang sedia maklum la kita boleh makan begitu sahaja atau dibuat air jus yang segar dan biji tembikai digunakan dalam perubatan  tradisional sebagai ubat serawan atau ulser atau juga disebut pecah dalam mulut.

Kulit tembikai yang telah dikupas

Tembikai isi berwarna merah

Tembikai isi berwarna kuning

Biji Tembikai warna putih

Biji Tembikai warna hitam


Tembikai boleh membantu merawat pelbagai jenis penyakit seperti :

1. Mencegah penyakit asma
Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah penyakit asma.

2. Mengawal tekanan darah
Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati bahawa suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki, tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang mempunyai masalah kegemukan dengan prehypertensi atau hipertensi peringkat 1 dan ekstrak tembikai pula dapat memperbaiki fungsi arteri menjadi lebih baik.

Diet yang kaya dengan lycopene pula boleh membantu melindungi daripada penyakit jantung.

3. Mencegah Kanser
Sebagai sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi serta antioksidan lain, tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang sedia maklum boleh menyebabkan kanser. Pengambilan Lycopene telah dikaitkan dapat merendahkan risiko dan pencegahan kanser prostat dalam beberapa kajian.

4. Membantu Penghadaman
Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat.

5. Penghidratan
Mengandungi 92% air dan penuh dengan elektrolit penting, tembikai adalah makanan ringan yang baik mengatasi masalah badan terhidrasi.

6. Mengatasi masalah keradangan
Choline adalah nutrien yang sangat penting dan serba boleh yang terkandung dalam tembikai. Ia membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan. Choline juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik.

7. Mengurangkan kesakitan Otot
Tembikai dan jus tembikai telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dalam atlet....



Khasiat dan manfaat  kulit dan biji buah tembikai

Selain manfaat yang disebut diatas, khasiat buah tembikai juga dapat digunakan untuk mengatasi noda hitam atau flek pada wajah.
Caranya adalah :-
  •  Jemur kulit tembikai di bawah terik matahari hingga kering
  • Setelah betul2 kering boleh lah dilumatkan @ dihancurkan kulit tembikai hingga menjadi serbuk
  •  Ambil sebiji timun & sebatang lidah buaya
  • Campurkan ketiga-tiganya dalam satu bekas & gaul rata  sehingga sebati
  • Sapukan campuran tadi ke wajah atau sebagai masker wajah, boleh juga hanya pada noda hitam di wajah anda
  • Biarkan selama lebih kurang 10 minit @ sehingga agak kering
  • Bilas wajah dengan air sejuk hingga bersih


Manakala, biji buah tembikai juga ada gunanya jangan dibuang seperti yang diwar - war sebelum ini. Biji tembikai dijadikan sebagai ubat serawan atau ulser. Cara menggunakannya adalah dengan menjemur biji tembikai hingga kering, setelah betul2 kering dihaluskan @ dilumatkan hingga menjadi serbuk dan sapukan pada luka serawan tersebut.

Serawan/ulser mulut






Khamis, 3 September 2015

Tips Memakai Tudung Ikut Bentuk Muka

Disini L of ME Shoppe akan berkongsi dengan korang tips yang dapat membantu@mengenalpasti bentuk muka dan gaya tudung yang sesuai untuk dipakai.....
Jom......KITA teliti satu persatu......(Ada 5 Ciri)


Ciri yang Pertama

*Bentuk Muka Oval/bujur*

Wanita yang memiliki bentuk wajah oval/bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.

Untung kan semua jenis tudung leh pakai......




Ciri yang kedua

*Bentuk Muka Petak/Square*

Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.
Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.

Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.





Ciri yang ketiga

*Bentuk Muka Bulat*

Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan.

Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.





Ciri yang keempat

*Bentuk Segitiga/Triangular@Heart Face*

Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.

Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.





Ciri yang kelima

*Bentuk Muka Panjang*

Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.

Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.



Haaaa sekarang korang dah tau kan! Jadi senang la lepas ni nak pilih dan beli tudung yang sesuai dgn muka korang. Pasti terletak dan menyerlahkan lagi penampilan tuuu.



Selasa, 25 Ogos 2015

Cair di Mulut..., Kenyang di Perut ...!

Hot Hot Hot
Pilih-Pilih sampai meleleh air liur tak sedar...
Kek Roll Coklat dan Kek Lapis Sarawak
Perrrghh.... Sedap.... Sekali gigit x mau lepas...

Kek lapis serawak
Masam manis
Blueberry cheese
Vanilla shafira
Royal tembikai
Pandan rise
Oreo

Kek roll
Kitkat
Picnic
Snickers
Vochelle
Cadbury dairy milk
Boost
Zip choclate

▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪
Produk Muslim lagi Halal
Size Kek 9 inchi
Berat 400 - 600 gram
Tahan sehingga 6 bulan (sejuk beku)

HARGA :
1pcs = RM30 termasuk kos penghantaran
3pcs = RM75 termasuk kos penghantaran
10pcs keatas = RM21 harga untuk sebiji tidak termasuk kos penghantaran.

Visit : Pages LofME




Rahsia Kesihatan Dalaman Wanita Terbongkar

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Rupawan Semua....
Hari ini nak share2 sikit tentang kehebatan produk JPI niii
Rugi tak miliki dan alami sendiri keajaibannya...
____

RAHSIA KEAJAIBAN Pemakanan Sunnah untuk Wanita dalam membantu mengatasi masalah Kesihatan Dalaman Wanita

Gabungan pemakanan sunnah seperti
...Madu,
...Kurma,
...Delima,
...Habbatus Sauda,

Dapat memberi khasiat yang optimum untuk mengurangkan sakit:
*Sengugut
*Menambah Susu Badan
*Melancarkan Haid
*Menstabilkan hormon,
*Untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik,
*Memperbaiki sistem pelawasan
*Mengurangkan berat badan
*Membekalkan tenaga &
*Membantu kesuburan.. In Shaa Allah..

Nak order boleh lawati
Pages Online Shop L of ME
Ig @ mmurni_legacy



Timun, Cuka, Lemon & Roti, Bahan Mujarab Untuk Petua Harian



1. Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

2. Untuk mengilatkan cermin, cucilah dgn minuman berkarbonat Sprite.

3. Untuk menanggalkan gula-gula getah yg melekat pd baju, masukkan baju tersebut ke dlm freezer dan simpan selama 1 jam

4. Untuk memutihkan baju putih, rendam dgn hirisan lemon selama 10 minit

5. Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas

6. Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dlm air pns selama 1 jam

7. Untuk menghindarkan bau busuk pd sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak

8. Kalau baju terkena dakwat, sapu ubat gigi pd tempat yg terkena dakwat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci

9. Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ

10. Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tifur boleh mengurangkan 90 peratus dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.

~Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dlman
~Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman
~Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkanvtekanan darah.

Selamat Mencuba!!


Isnin, 24 Ogos 2015

Pembukaan Online Shop L Of ME


Selamat malam...
Syukur Alhamdulillah....
Semuanya selesai hari ini... pages online shop telah dibuka pada 20 Ogos 2015 tempoh hari.... Terima kasih pada yang sudi2 singgah dan LIKE & SHARE...
▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪▪

Bismilla'hirrahma'nirrahim

Assalamualaikum wbt
Salam ceria semua

Alhamdulillah lahirnya LofME ini bermula la....episod baru hari ini dan seterusnya. Semoga berkembang dan bertambah maju dimurahkan rezeki hendakNya.

Apa itu LofME ?? Hah, mesti korang semua tertanya2 kn... Meh sini nak terang cetusan idea aku ni...hihihi kembang la pulak rasa, banggo deng. LofME adalah sebuah pages online shop jer.... bukan nama produk or jenama apa ker....hanya la singkatan dari "Legacy of Murni Empire". Itu lah al-kisahnya...tapi aku ada agak pasang angan2 ni deng rasa terperasan sorang2 lak cam sedap jer cam cantik jer nama tu "LofME" nak der Jenama dan produk sendiri menggunakan nama ni.

Mana tau kan rezeki yang Allah nak bagi kan... Amiin.... tak salah berangan dulu untuk menjadikan satu-satu itu pembakar semangat tapi nak la jugak sokongan dari korang semua kan.... Jom singgah di pages "LofME" ni.

Sebarang komen dan idea boleh share2 untuk menambah baik lagi... maklum la masih baru kan....

Klik sini -->   PagesOnlineShopLofME190815

PROMOSI PROMOSI PROMOSI HEBAT SEMPENA PEMBUKAAN PAGES NI !!
Promosi sah dari 18/8/15 - 22/8/15 (Sabtu)

LIKE & SHARE

Jumaat, 21 Ogos 2015

Cerita Pendek : Bertajuk "MANA MAK???"


Renung2kan....

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh ko
ci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapa
nnya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.
Sharekan pada yg lain andai anda sayang ibu anda..
Bagi anak anak baca...


Copyright© All Rights Reserved LegacyMurniEmpiria.blogspot.com