ASSALAMU ALAIKUM WBT & SELAMAT DATANG .....

L of ME Shoppe

Ahad, 6 September 2015

Rahsia Tembikai Buah Penuh Khasiat

Tembikai (nama botani: Citrullus Lanatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Semangka merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae.



Penjelajah Afrika, David Livingstone, melaporkan bahawa terdapat banyak tembikai di padang pasir Kalahari, di mana ia tumbuh meliar dan dinamakan Tsamma.

Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).



Buah Tembikai atau Semangka pada Istilah arab disebut sebagai “Al-biththikh” adalah Buah Kesukaan Rasulullah s.a.w selepas Buah Labu, Buah Tembikai juga merupakan salah satu buah dari saudara serumpun dengan Buah Labu.

Rasulullah sangat meraikan Buah tembikai, Buah ini menjadi Sunnah Baginda Junjungan Rasulullah s.a.w selepas Kurma.

Rasulullah sangat menyukai dan memberkati Buah Tembikai dan menganjurkan Para Sahabat agar memakan Buah Tembikai bersama Kurma. inilah antara Sunnah Rasulullah s.a.w yang ditinggalkan baginda kepada umatnya sehingga hari kebangkitan (Kiamat).

Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap wanita hamil yang makan buah tembikai maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya."

Dari Ibnu Abbas R.A, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semangka (Tembikai) adalah makanan, minuman dan raihan (tanaman harum), mencucikan pundi kencing, membersihkan perut, memperbanyak air punggung, membantu bercampur, mencerahkan kulit dan mengatasi kelemahan.” (Kitab Ath-Thibbun Nabawi)

Antara jenis-jenis Tembikai:

Tembikai Merah

Tembikai merah memiliki warna merah dan warna Kuning (Tembikai Kacukan).
Berasal daripada Selatan Afrika.
Kaya dengan vitamin A.
Membantu membersihkan sistem perkumuhan badan.
Menyembuhkan Gout,Penyakit Paru-paru,sakit kepala dan memulihkan masalah kulit.



Tembikai Susu 

Berasal daripada Afrika tengah.
Kaya dengan Vitamin C.
Memiliki Nutrisi tambahan seperti vitamin A,B6 dan C,Folat, dan Potasium.
Membantu mengawal tekanan Darah dan merupakan sumber asid folik yang bagus untuk Ibu yang mengandung.
Khasiat Tembikai yang kita perlu tahu..



Manfaat Buah Tembikai

Khasiat buah tembikai ini dapat ditemui pada hampir seluruh bahagian, bermula dari kulit hingga biji tembikai pun mempunyai manfaat tersendiri untuk kesihatan dan kecantikan. Bermula dari kulit tembikai misalnya, boleh digunakan untuk perawatan kulit(masker kulit tembikai) dan menu masakan , isinya memang sedia maklum la kita boleh makan begitu sahaja atau dibuat air jus yang segar dan biji tembikai digunakan dalam perubatan  tradisional sebagai ubat serawan atau ulser atau juga disebut pecah dalam mulut.

Kulit tembikai yang telah dikupas

Tembikai isi berwarna merah

Tembikai isi berwarna kuning

Biji Tembikai warna putih

Biji Tembikai warna hitam


Tembikai boleh membantu merawat pelbagai jenis penyakit seperti :

1. Mencegah penyakit asma
Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah penyakit asma.

2. Mengawal tekanan darah
Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati bahawa suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki, tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang mempunyai masalah kegemukan dengan prehypertensi atau hipertensi peringkat 1 dan ekstrak tembikai pula dapat memperbaiki fungsi arteri menjadi lebih baik.

Diet yang kaya dengan lycopene pula boleh membantu melindungi daripada penyakit jantung.

3. Mencegah Kanser
Sebagai sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi serta antioksidan lain, tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang sedia maklum boleh menyebabkan kanser. Pengambilan Lycopene telah dikaitkan dapat merendahkan risiko dan pencegahan kanser prostat dalam beberapa kajian.

4. Membantu Penghadaman
Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat.

5. Penghidratan
Mengandungi 92% air dan penuh dengan elektrolit penting, tembikai adalah makanan ringan yang baik mengatasi masalah badan terhidrasi.

6. Mengatasi masalah keradangan
Choline adalah nutrien yang sangat penting dan serba boleh yang terkandung dalam tembikai. Ia membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan. Choline juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik.

7. Mengurangkan kesakitan Otot
Tembikai dan jus tembikai telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dalam atlet....



Khasiat dan manfaat  kulit dan biji buah tembikai

Selain manfaat yang disebut diatas, khasiat buah tembikai juga dapat digunakan untuk mengatasi noda hitam atau flek pada wajah.
Caranya adalah :-
  •  Jemur kulit tembikai di bawah terik matahari hingga kering
  • Setelah betul2 kering boleh lah dilumatkan @ dihancurkan kulit tembikai hingga menjadi serbuk
  •  Ambil sebiji timun & sebatang lidah buaya
  • Campurkan ketiga-tiganya dalam satu bekas & gaul rata  sehingga sebati
  • Sapukan campuran tadi ke wajah atau sebagai masker wajah, boleh juga hanya pada noda hitam di wajah anda
  • Biarkan selama lebih kurang 10 minit @ sehingga agak kering
  • Bilas wajah dengan air sejuk hingga bersih


Manakala, biji buah tembikai juga ada gunanya jangan dibuang seperti yang diwar - war sebelum ini. Biji tembikai dijadikan sebagai ubat serawan atau ulser. Cara menggunakannya adalah dengan menjemur biji tembikai hingga kering, setelah betul2 kering dihaluskan @ dilumatkan hingga menjadi serbuk dan sapukan pada luka serawan tersebut.

Serawan/ulser mulut






Copyright© All Rights Reserved LegacyMurniEmpiria.blogspot.com